Puasa Hari Keempat Seorang Isteri & Ibu...

Wednesday, September 3, 2008

Ehmmm... bunyinya macam nak stori pasal puasa tapi sebenarnya, hari ni memang rasa nak menulis. Maybe sebab duk melanguk depan pc ni sejak daripada pagi lagi... duk baca macam2 itu ini termasuk dengan macam2 jenis blog, tiba2 naik hangin nak menulis pulak. Tapi, nak stori apa ye? Dah lama tak menjiwang... Maklumlah, sejak berdua, kahwin pulak dengan kekanda yang tak suka berjiwang2an, apatah lagi menulis surat cinta, bakat menulis dah hampir terpendam selama2nya. Dah takde lawan nak membebel... dah takde lawan nak ajak berbalas2 surat... Maka bakat terpendamku ini, biarlah terpendam aje... hukhuk...

Hari ni... hari keempat puasa bagi tahun kedua sejak berdua. Selain tu, dah 1 tahun 8 bulan 3 minggu dan 3 hari aku jadi isteri kepada Mohd Rizal Abu Bakar dan dah 11 bulan 5 hari aku jadi ibu kepada Nur Nabilah Humaira' Mohd Rizal. So, apa perasaan aku skarang ye? Perasaan yang dah lama aku tak luahkan atas kertas dek kerana berubahnya keadaan2 aku sekarang. Mujurla adanya hari 'hangin' umpama hari ni, maka sekali sekala dapat jugak aku meluah rasa...

So...apa yang nak diceritakan?
Pasal hidup aku berdua? Pasal Humaira', anak dara manis tu?

Emmm...
Life kami...takat 1 tahun 8 bulan 3 minggu dan 3 hari ni... Alhamdulillah baik2 semuanya. Walaupun penuh dengan macam2 emosi, ketawa, air mata, onak, ranjau, duri dan macam2 lagi yang kadang2 tak mampu digambarkan dengan kata2, tapi aku tetap bersyukur. Sebabnya aku dapat seorang husband yang baik. Tak sempurna, ada kekurangan dan kelemahan, tapi dah cukup baik untuk jadi pasangan seorang yang macam aku. Kalau boleh digambarkan dengan percent, aku boleh kata 90% hidup yang aku lalui takat 1 tahun 8 bulan dan 3 hari sebagai isteri, aku happy... 90% besar. Aku tau. Tapi, walaupun 90% happy, bukanlah bermakna dalam 90% tu, kami tak ada problem langsung. Ada! Macam2 problem kitorang hadapi terutamanya bila cakap pasal duit. Orang kata duit bukan segala2nya. Betul ke? Ntahlah... aku tak berani kata ye sebab aku dah rasa susahnya bila takde duit sejak kahwin. Dah rasa dah nangis masa rasa dah 'susah sangat'.

Hidup kami dari segi kewangan, ok alhamdulillah. Cuma maklumlah husband aku kan keje sendiri. Kadang2 banyak, kadang2 sikit. Bukannya aku tak bersyukur, tapi kadang2 bila banyak yang tak dapat buat, cepat je air mata nak mengalir. Sayu je bila tengok si Humaira' tapi sedar yang kalaulah masa tu Humaira' demam, nak kena bawak klinik, kat mana agaknya nak cari duit... Nampaknya, aku kena lebih kerap ingatkan diri, aku bukan menikah dengan anak tokey balak. Aku nikah dengan org biasa, orang biasa yang kebanyakan masanya selalu takde banyak duit.

Cerita Humaira' pulak. Humaira' sekarang dah 11 bulan 5 hari. Rasa tak abis lagi sakit nya lepas operate lahirkan Humaira'. Sakit sgt macam kena toreh idup2. Rasa tak ilang lagi rasa hanyir sup dan pati ikan haruan yang kena mkn ari2 masa pantang. Rasa baru je jaga Humaira' kat wad sebab demam. Rasa baru lagi pandang muka Humaira' yang tengah baring dalam tempat baby, dengan perasaan sangat2 bersalah sebab terpaksa hantar dia masuk wad sampai seminggu. Rasa baru lagi dengar Humaira' nangis tak berhenti2 sepanjang hari... dari siang sampai malam. Rasa baru lagi lap muntah susu Humaira' .... Cepat sungguh masa berlalu! Tau2 Humaira' dah jadi anak dara manis. Biarlah Humaira' kurus, takpe. Biarlah org cakap Humaira' budak lembik sangat, sikit2 demam. Orang kata Humaira' manja, takpe, biar ibu yang jaga Humaira'. Yang penting, ibu nak Humaira' sihat dan membesar jadi anak solehah ayah dan ibu...

So... nampaknya aku dah ada kerja balik. Dah tak boleh nak mengomel panjang2. Nantilah, ada masa lagi, aku tulis lagi...




0 comments: